Search
Related News
Category :

SCORE+ pacu syarikat MSC [ 20-07-2010 ]

MULTIMEDIA Development Corporation (MDeC) dan SME Corporation Malaysia melancarkan inisiatif program MSC Malaysia SCORE+ yang menjadi penanda aras tahap kompetitif syarikat di bawah status Koridor Raya Multimedia (MSC).

Program terbabit akan mengukur keupayaan syarikat kecil, sederhana dan enterpris berstatus MSC untuk bersaing di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, berkata program itu akan menumpukan analisis produk, tahap daya saing, keupayaan dan rekod yang menambah kualiti inovasi perkhidmatan syarikat berstatus MSC.

"Di samping itu, ia turut menjadi profil yang boleh dikongsi banyak peringkat dalam industri lain dan membolehkan MDeC merancang langkah susulan bagi syarikat itu," katanya pada upacara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Datuk Hafsah Hashim.

SCORE+ bakal membabitkan 1,700 syarikat yang mengukur proses dan kejuruteraan produk akan membolehkan organisasi diterima di peringkat antarabangsa bagi memenuhi standard kualiti serta pencapaian.

     Related News

 more

     Links

      Local Activities

 more

Managed by Mydotnets Sdn Bhd