Search
Related News
Category :

Permudah usaha PKS [ 08-07-2010 ]

PENGURANGAN cukai dan memudahkan urusan perniagaan tanpa perlu banyak urusan dokumentasi atau pelesenan antara permintaan dikemukakan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha memajukan industri berkenaan seiring usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Pandangan itu dikemukakan selepas majlis pelancaran Kongres SME Malaysia 2010, semalam yang antara lain membincangkan mengenai kadar faedah pinjaman bank dijangka naik menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia SME, Wayne Lim berkata, baru-baru ini kerajaan mengeluarkan lesen kepada pengusaha kedai runcit yang ingin menjual barangan terkawal seperti gula dan pihaknya menganggap ia hanya merugikan peniaga.

“Apa yang lebih penting untuk golongan usahawan adalah berniaga dan membuat keuntungan, namun dengan isu seperti itu sehingga memaksa peraturan baru dilaksanakan, ia secara tidak langsung menyukarkan usahawan,” katanya selepas majlis pelancaran Kongres SME Malaysia di Petaling Jaya, semalam.

Kongres bertemakan ‘Semuanya Mengenai PKS’ itu kali kedua dianjurkan dan memberi peluang kepada peserta terdiri pengusaha PKS membuka fikiran dan mengembangkan jaringan rangkaian sesama usahawan.

Antara acara disediakan adalah pembentangan dan perbincangan mengenai dunia keusahawanan.

Menurut Lim, urusan perniagaan seharusnya mudah kerana ia turut memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Lebih mudah sesuatu urusan adalah lebih baik kerana pada akhirnya ia menyumbang semula kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara,” katanya.


Dalam pada itu, ura-ura mengenai kenaikan cukai menjelang akhir tahun ini dijangka memberi kesan kepada pengusaha PKS, namun ia bergantung kepada industri.

“Setakat ini cukai dikenakan 25 peratus, namun isu yang harus dipersoalkan bukan jumlah kenaikan atau pengurangan cukai sebaliknya sama ada usahawan itu mampu menjana keuntungan,” katanya.


Menurutnya, sekiranya sesuatu perniagaan itu mampu memberi pulangan kepada pemiliknya, isu cukai tidak menjadi masalah walaupun ia meningkat mendadak.

     Related News

 more

     Links

      Local Activities

 more

Managed by Mydotnets Sdn Bhd