SENI DAKWAH KONTEMPORARI
SENI DAKWAH KONTEMPORARI Ayuh jadikan diri kita pendakwah yang : - Bertaring tidak mengerkah
- Berkuku tidak mencakar
- Berpengtahuan tidak membodohkan
- Berani tidak melasi
- Besar tidak melendan
- Bertaji tidak memupur
Demi merungkai seni dakwah pada zaman serba canggih ini, Dato' Ustaz Badli Shah tampil dengan pelbagai medium dakwah yang boleh digunakan oleh pendakwah masa kini.Daripada medium biasa-biasa kepada medium luar biasa. Daripada menjadi pendakwah 'biasa-biasa' kepada menjadi pendakwah 'luar biasa'. Seni Dakwah Kontemporari buat para dai masa kini : - Buat para dai yang sedang berjuang menyebarkan syiar Islam dan menegakkan agama kebenaran.
- Buat para guru dan pendidik yang sedang berjuang demi ilmu penyuluh generasi akan datang.
- Buat para ibu bapa yang sedang berjuang membentuk khalifah-khalifah Allah, amanah dalam rumah tangga.
- Akhir sekali, sudah tentu buat pencinta al-Quran, sunah dan hadis Nabi.
SELAMAT BERBUDIMAN DALAM BERDAKWAH
Price : 18.00
Company : | Azhar Book Center | Tel : | 07-2210244 | Fax : | 07-2210243 | Address : | 5B-110 (B) Ground Floor, Larkin Transport Terminal, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru, Johor. | Email : | | Website : | http://pustakaazhar.com |
|
|
|