Search
Maillist
[INFO] CIR M02/4: SEMINAR ON MS ISO 50001: 2011 - ENERGY MANAGEMENT SYSTEMS (APRIL 12, THUR)
06-04-2012

Dear all,

[INFO] CIR M02/4: SEMINAR ON MS ISO 50001: 2011 - ENERGY MANAGEMENT SYSTEMS (APRIL 12, THUR)

Kindly be informed that Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) in collaboration with SIRIM Berhad will be organizing Seminar on MS ISO 500012011 - Energy Management Systems. Please refer to the Invitation Letter which is self explanatory.

 

 

Y. Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk "Seminar on MS ISO 50001:2011 - Energy Management Systems". Sehubungan itu, SIRIM Berhad telah dilantik sebagai sekretariat bagi seminar ini yang akan diadakan seperti butiran yang berikut:

 

 

Tarikh           12 April 2012 (Khamis)

 

Masa             8.30 pagi - 5.00 petang

 

Tempat   Permata 1 & 2, Level B2, Hotel the Puteri Pacific, Johor Bahru

                          Jalan Abdullah Ibrahim P O Box 293, 80730 Johor Bahru

 

 

 

3.         Seminar ini bertujuan untuk memberi penjelasan terperinci mengenai Malaysian Standard (MS) berkaitan MS ISO 50001:2011 dan memahami terma-terma yang digunakan di dalam aktiviti standardisasi berkaitan energy management. Selain memberi maklumat mengenai polisi dan insentif berkaitan energy management, seminar ini juga bertindak sebagai platfom untuk para penceramah berkongsi pengalaman bersama peserta di dalam pengurusan berkaitan energy management dan sebaliknya. Selain itu seminar ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran kepada semua yang terlibat tentang pentingnya pematuhan kepada standard yang telah dibangunkan ini bagi memastikan amalan yang baik dalam meningkatkan pengurusan berkaitan energy management dan faedah-faedahnya kepada organisasi.

 

4.         Bagi mencapai tujuan seminar ini, pihak kami ingin menjemput pihak Y. Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan untuk menghadiri seminar ini. Kerjasama Y. Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada jabatan, agensi mahupun organisasi Y. Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan yang berkaitan.

 

 

5.         Untuk makluman Y. Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan bayaran sebanyak RM180 akan dikenakan kepada setiap peserta sebagai yuran pendaftaran. Peserta juga akan menerima MS ISO 50001:2011.

 

6.         Bersama-sama ini disertakan surat jemputan dan brosur seminar untuk perhatian dan tindakan Y. Bhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan.

Sila kembalikan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi kepada pihak sekretariat selewat-lewatnya 9 April 2012 (Isnin)

 

Sila muat turun surat jemputan dan brosur di:

http://www.sirim.my/std_dev/events/files/iso_50001.zip

Mohon kerja sama tuan untuk memanjangkan jemputan ini kepada pegawai jabatan / organisasi yang terlibat.

 

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

 

Sekretariat:

 

Puan Fatimah Mohamad

Tel: 03-5544 5114 /fatimahm@sirim.my (Pendaftaran/Pembayaran)

 

Puan Azizah Mohamad

Tel: 03-5544 5114 / azizahmh@sirim.my  (Pendaftaran/Pembayaran)

 

Cik Fauzan Mat Shah / Tel: 03-5544 5115 / fauzan@sirim.my

 

 

Fauzan Mat Shah

Standards Research and Management Centre

SIRIM Berhad

 

 

Thanks and regards,

Web Portal Management Team

 

 

 

 

 

     Related News

 more

     Links

      Local Activities

 more

Managed by Mydotnets Sdn Bhd